KAWAN-KAWAN SAYA

27 April 2012

SANDWICH TELUR

Semua orang suka sandwich kan? Tak kira lah apa jenis sandwich pun.. tuna, sardin atau sambal tumis ikan bilis.. Tapi kali ni saya buat sandwich telur.. Sebabnya..ada lebihan telur rebus dan roti... takut ter"expired" kan rugi pulak.. Dah le beli mahal jugak.. Lagipun, bersarapan dengan sandwich ni takde la berat sangat.. takla macam makan nasi lemak atau roti canai.. lepas makan, mata asyik nak terpejam aje.. Dengan sandwich mata pun takde la nak kuyu2 selalu..Nak buat keje pun jadi rajin.. Satu lagi, sandwich ni sesuai sangat kalau nak bawa bekal berkelah... Sebabnya mudah sangat nak membuatnya... Pejam sebelah mata pun boleh buat.. Mula2 sediakan roti.. Suka hati la nak berapa keping.. Sapukan sedikit mentega pada roti.. Ketepikan. Kemudian kupaskan telur dan lenyek2kan.. Campur sedikit mayonis dan lada sulah.. Kalau nak lebih pedas, cincang sedikit cili padi dan gaulkan. Sapukan kat roti, lapiskan dengan timun, tomato atau salad.. Tangkupkan sekeping lagi roti dan potong dua.. potong empat boleh juga... tp hasilnya jadi kecik2 la...Suka hati lah, nak menyerong atau tegak gitu je.. Lepas tu boleh la dihidangkan dengan teh atau kopi.. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment